Semalam tengah aku dan suami ku terleka membuat kek. Tetiba hp ku berbunyi ... pd mulanya aku ingatkan sms. tapi entah camne hati ini berdetik lalu mengambil hp dan membukanya. Secara spontan mulutku berkata "Ah ..... camne ku boleh terlupa." Kebetulan suami ku berada disisiku aku bertanya pd nyerrr "papa esok berapa haribulan?" Selalunya dia akan buat cam tk ingat atau tk ambik kisah tapi kali nih dia cam jujur lak .." naper esokkan 10hb Februari hari ulangtahun perkahwinan papa". " eik sekali dengar cam tk percaya.... dia mengingatinyerrr, selalunyerrr tarikh2 penting nih die buat tk kisah jer. "yg keberapa mama?" "yg ke 12" "ah ... dah 12 tahun papa kahwin ngan mama, papa rasa cam baru lagi. Bila anakku yang arwah Danish dilahirkan aku cukup rasa gembira kerana tarikh lahir dia dalam bulan yang sama ngan ulangtahun perkahwinanku. Semua anakku ada gandingan tarikh lahir dalam bulan yang sama danial sama bulan ngan dayana, diniy sama bulan ngan dani .... so bila danish kuar dia sama ngan tarikh hari ulangtahun perkahwinanku. Tapi sayang .... hari lahir dia satu kali pun tk dapat kami sekeluarga menyambutnya ngan dia. Nak tahu kenapa? Tahun tu dia dilahirkan dan dalam tahun itu juga lah dia meninggalkan kami semua. Sekejap saja kami sekeluarga dapat bersama2 bermanja, dan bermain ngan dia "papa kenapa air mata ini mengalir setiap kali mama ingin mencoretkan kisah danish?" Selalu mama tk boleh nak habiskan coretan atau meneruskan cerita mama tentang danish. Setiap kali ingin mencoretkan ceritanya. Ceritanya selalu tiada noktahnya. Bila hari lahir dia muncul dengan sendirinya aku akan berkata seminggu lagi hari ulangtahun perkahwinan mama pulak. Tapi bila sampai tarikh tu aku terus jadi lupa. Aku jarang menyambut hari ulangtahun perkahwinanku kerana bagi suami ku itu semua tk penting baginya yg penting adalah kebahagiaan. kalu kita bahagia dengan secara automatiknya hari2 kite telah menyambutnya. Hmmm ...... hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun ... tapi aku masih juga seperti ini mencari dan terus mencari dimanakah silap ku sehingga aku terus dibuai rasa bersalah terhadap danish anakku. Jawapan nya masih belum kutemui .... "Danish.... maafkan mama sayang ..."
Tarikh lahir gandingan anak-anakku
Danial 7hb Disember
Dayana 6hb Disember
Diniy 15hb Mei
Dani 6hb Mei
Danish 2hb Februari
perkahwinan 10hb Februari
Senang kalu nak menyambutnya hanya 3 kali majlis jer ...... semua tarikh nih tkdelah aku merancang ianya terjadi secara tak sengaja.
Tarikh lahir gandingan anak-anakku
Danial 7hb Disember
Dayana 6hb Disember
Diniy 15hb Mei
Dani 6hb Mei
Danish 2hb Februari
perkahwinan 10hb Februari
Senang kalu nak menyambutnya hanya 3 kali majlis jer ...... semua tarikh nih tkdelah aku merancang ianya terjadi secara tak sengaja.
No comments:
Post a Comment