Thursday, February 5, 2009

Mula bekerja

Setelah 5 bulan suamiku menjadi penganggur terhormat. Hari ini adalah hari pertama dia mula bekerja. Puas dia mencari kerja. Kononnya mahu tukar bidang kerja. Tak mahu lagi kerja sebagai tukang cat kereta. Mungkin rezeki kami sekeluarga dan suamiku tetap kerjaya lama juga. Mungkin dah tersurat bahawa rezeki untuk kami sekeluarga. Hari2 kawan dia call panggil suruh datang keja. Pada mulanya dia tak mahu tapi bila difikirkan kerana masih juga tk dapat keja. Katanya baik dia cuba dulu ... dia masih takut pada kenangan pahit ... takut orang tak bayar. Pergi sementara dapat keja yang lain. Nantikan seperti pepatah berkata yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Suamiku pun dah seronok dok umah ... perut pun dah membesar. Al maklumlah dok umah asyik makan ... makan .... Setiap pagi aku kena masak dulu kerana memikirkan anak2 dan suami ada kat umah nk makan. Kena bangun pagi pun tkpe suamiku dan anak2 selalu memuji mama masak sedap. Bila keluargaku suka makan masakan aku, aku rasa seronok. Pendek kata lauk kat umah tu tak pernah berbuang. Hari2 habis.

Semalam Dani dah dok umah baby sitter. Umah baby sitter nih Dani dah pernah dok masa dia kecik dulu. Hanya aku hantar Dani je. Anak2ku yang lain belajar dok umah. Semalam Dani nangis dia biasa ikut papa dia hantar aku tempat kerja sekali kena hantar umah orang mananya tak nangis. Hari nih dia baik hantar tanpa nangis. Semalam siap bercertia lagi padaku. Umah baby sitter tu ada baby. "Mama, dani lupa lah nk tanya nama baby tu?" "aku cakap takpelah nanti esok abang tanya lah (ibu) panggilan utk tempat dani tinggal. Dia suka ngan baby dah berapa kali minta mama nya keluarkan baby. Dani tak nak baby orang lain. Dani nak baby kuar dari perut mama. Aku tanya ibu panggil dani atau abang. Ibu panggil nama abang sikit jer, ibu panggil dani banyak. Aku cakap takpelah nanti mama bagitau ibu suruh panggil nama abang. Pagi nih aku bagitau ibu suruh panggil Dani ngan panggilan abang. Dia senyum.

No comments:

Post a Comment