Rasa ingin meraung sekuatnya. "Ha ........... gembiranya" "Aku tengah borak ngan kak ani dan sambil tu kak ani tengah membuka sepucuk surat diatas nama prof. marzuki." " Tetiba kak ani cakap alah yati sorry aku terbuka surat kau". "Aku terpinga". Naper lak kak ani, secara spontan aku mengambil surat tu dari kak ani. Aku tengok memang surat tu dialamatkan pada prof. so.... kak ani tk salah. Aku dengan pantasnya membuka surat tu dan membacanya .... "Ah ...alhamdulilah ... aku terpekek ... gembiranya ..... aku lulus dalam ujian HADIAH KENAIKAN. Dua2 paper aku lulus. Berkat doa anak2 aku dan juga suamiku yang tercinta. Inilah dikatakan rezeki anak2 aku akhirnya aku dapat juga hadiah perkahwinanku hari ini. Surat tu muncul dihari ulangtahun perkahwinanku. Inilah hadiah yang paling besar sepanjang ulangtahun perkahwinanku. Aku dapat 3 kenaikan tangga gaji. Kenaikan tangga gaji ku adalah atas usahaku sendiri dan juga ALLAH jualah yang memberi bukannya dari kebaikan bos untuk bagi pada pekerjanya. AMIN.
Tuesday, February 10, 2009
Ulang Tahun Perkahwinan Yg Ke 12
Semalam tengah aku dan suami ku terleka membuat kek. Tetiba hp ku berbunyi ... pd mulanya aku ingatkan sms. tapi entah camne hati ini berdetik lalu mengambil hp dan membukanya. Secara spontan mulutku berkata "Ah ..... camne ku boleh terlupa." Kebetulan suami ku berada disisiku aku bertanya pd nyerrr "papa esok berapa haribulan?" Selalunya dia akan buat cam tk ingat atau tk ambik kisah tapi kali nih dia cam jujur lak .." naper esokkan 10hb Februari hari ulangtahun perkahwinan papa". " eik sekali dengar cam tk percaya.... dia mengingatinyerrr, selalunyerrr tarikh2 penting nih die buat tk kisah jer. "yg keberapa mama?" "yg ke 12" "ah ... dah 12 tahun papa kahwin ngan mama, papa rasa cam baru lagi. Bila anakku yang arwah Danish dilahirkan aku cukup rasa gembira kerana tarikh lahir dia dalam bulan yang sama ngan ulangtahun perkahwinanku. Semua anakku ada gandingan tarikh lahir dalam bulan yang sama danial sama bulan ngan dayana, diniy sama bulan ngan dani .... so bila danish kuar dia sama ngan tarikh hari ulangtahun perkahwinanku. Tapi sayang .... hari lahir dia satu kali pun tk dapat kami sekeluarga menyambutnya ngan dia. Nak tahu kenapa? Tahun tu dia dilahirkan dan dalam tahun itu juga lah dia meninggalkan kami semua. Sekejap saja kami sekeluarga dapat bersama2 bermanja, dan bermain ngan dia "papa kenapa air mata ini mengalir setiap kali mama ingin mencoretkan kisah danish?" Selalu mama tk boleh nak habiskan coretan atau meneruskan cerita mama tentang danish. Setiap kali ingin mencoretkan ceritanya. Ceritanya selalu tiada noktahnya. Bila hari lahir dia muncul dengan sendirinya aku akan berkata seminggu lagi hari ulangtahun perkahwinan mama pulak. Tapi bila sampai tarikh tu aku terus jadi lupa. Aku jarang menyambut hari ulangtahun perkahwinanku kerana bagi suami ku itu semua tk penting baginya yg penting adalah kebahagiaan. kalu kita bahagia dengan secara automatiknya hari2 kite telah menyambutnya. Hmmm ...... hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun ... tapi aku masih juga seperti ini mencari dan terus mencari dimanakah silap ku sehingga aku terus dibuai rasa bersalah terhadap danish anakku. Jawapan nya masih belum kutemui .... "Danish.... maafkan mama sayang ..."
Tarikh lahir gandingan anak-anakku
Danial 7hb Disember
Dayana 6hb Disember
Diniy 15hb Mei
Dani 6hb Mei
Danish 2hb Februari
perkahwinan 10hb Februari
Senang kalu nak menyambutnya hanya 3 kali majlis jer ...... semua tarikh nih tkdelah aku merancang ianya terjadi secara tak sengaja.
Tarikh lahir gandingan anak-anakku
Danial 7hb Disember
Dayana 6hb Disember
Diniy 15hb Mei
Dani 6hb Mei
Danish 2hb Februari
perkahwinan 10hb Februari
Senang kalu nak menyambutnya hanya 3 kali majlis jer ...... semua tarikh nih tkdelah aku merancang ianya terjadi secara tak sengaja.
Thursday, February 5, 2009
Mula bekerja
Setelah 5 bulan suamiku menjadi penganggur terhormat. Hari ini adalah hari pertama dia mula bekerja. Puas dia mencari kerja. Kononnya mahu tukar bidang kerja. Tak mahu lagi kerja sebagai tukang cat kereta. Mungkin rezeki kami sekeluarga dan suamiku tetap kerjaya lama juga. Mungkin dah tersurat bahawa rezeki untuk kami sekeluarga. Hari2 kawan dia call panggil suruh datang keja. Pada mulanya dia tak mahu tapi bila difikirkan kerana masih juga tk dapat keja. Katanya baik dia cuba dulu ... dia masih takut pada kenangan pahit ... takut orang tak bayar. Pergi sementara dapat keja yang lain. Nantikan seperti pepatah berkata yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Suamiku pun dah seronok dok umah ... perut pun dah membesar. Al maklumlah dok umah asyik makan ... makan .... Setiap pagi aku kena masak dulu kerana memikirkan anak2 dan suami ada kat umah nk makan. Kena bangun pagi pun tkpe suamiku dan anak2 selalu memuji mama masak sedap. Bila keluargaku suka makan masakan aku, aku rasa seronok. Pendek kata lauk kat umah tu tak pernah berbuang. Hari2 habis.
Semalam Dani dah dok umah baby sitter. Umah baby sitter nih Dani dah pernah dok masa dia kecik dulu. Hanya aku hantar Dani je. Anak2ku yang lain belajar dok umah. Semalam Dani nangis dia biasa ikut papa dia hantar aku tempat kerja sekali kena hantar umah orang mananya tak nangis. Hari nih dia baik hantar tanpa nangis. Semalam siap bercertia lagi padaku. Umah baby sitter tu ada baby. "Mama, dani lupa lah nk tanya nama baby tu?" "aku cakap takpelah nanti esok abang tanya lah (ibu) panggilan utk tempat dani tinggal. Dia suka ngan baby dah berapa kali minta mama nya keluarkan baby. Dani tak nak baby orang lain. Dani nak baby kuar dari perut mama. Aku tanya ibu panggil dani atau abang. Ibu panggil nama abang sikit jer, ibu panggil dani banyak. Aku cakap takpelah nanti mama bagitau ibu suruh panggil nama abang. Pagi nih aku bagitau ibu suruh panggil Dani ngan panggilan abang. Dia senyum.
Semalam Dani dah dok umah baby sitter. Umah baby sitter nih Dani dah pernah dok masa dia kecik dulu. Hanya aku hantar Dani je. Anak2ku yang lain belajar dok umah. Semalam Dani nangis dia biasa ikut papa dia hantar aku tempat kerja sekali kena hantar umah orang mananya tak nangis. Hari nih dia baik hantar tanpa nangis. Semalam siap bercertia lagi padaku. Umah baby sitter tu ada baby. "Mama, dani lupa lah nk tanya nama baby tu?" "aku cakap takpelah nanti esok abang tanya lah (ibu) panggilan utk tempat dani tinggal. Dia suka ngan baby dah berapa kali minta mama nya keluarkan baby. Dani tak nak baby orang lain. Dani nak baby kuar dari perut mama. Aku tanya ibu panggil dani atau abang. Ibu panggil nama abang sikit jer, ibu panggil dani banyak. Aku cakap takpelah nanti mama bagitau ibu suruh panggil nama abang. Pagi nih aku bagitau ibu suruh panggil Dani ngan panggilan abang. Dia senyum.
Wednesday, February 4, 2009
Selamat Pengantin Baru Sue .... Officemate
Masa sampai umah sue ........................... Selesai makan ... tunggu pengantin belum siap
Di apit oleh dua pengapit ............................... Bergambo ngan pengantin sebenar
perjalanan pulang ... dalam keta .......................... Pengantin ngan Siti Hajar
Pada 25.1.2009 Ahad kami sekeluarga pergi ke majlis perkahwinan sue officemate aku. Kami sampai tempat kul 12.00 tgh ... pada mulanya malu nk pergi sebab masa sampai umah sue baru satu meja ada tetamu sedang menikmati makanan. Mak sue datang menjemput kami ...so dengan selamba aku bertanya pada mak sue ...tk awal ker kite orang sampai. Mak sue ckp takdelah ... jemput masuk ... Aduh malu jugak rasanyerrr nk masuk ..... tema sue warna purple ....masa nk ambik makanan .... tiba2 ada org menegur dari belakang .... nk tau saper? ..... siti hajar !!!!. Hmmm ingatkan kite awal ada lagi org yg lebih awal dari kite. Kami sesama ambil makanan tapi dok meja yg berasingan ... bukan ngaduh. Lepas makan naik jumpa sue tapi sue tk siap lagi ...turun balik .... lepas tu naik balik jumpa sue, pengantin dah lah siap tapi tk sepenuhnyerrr. Aku tk tunggu pengantin lelaki sampai lepas bergambo ngan sue terus balik. Sue suruh tunggu tapi masa tu kami sekeluarga ada nk ketempat lain. MAAF YE SUE. "SELAMAT PENGANTIN BARU SOHAILAH".
Happy Birthday PAPA
3hb Januari tarikh lahir suamiku tercinta. Selamat Hari Jadi PAPA, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Jadi PAPA, Selamat Hari Jadi ..... Saja lagu ini dinyanyikan dalam coretan ini. Sebenarnya lagu ini tak pun dinyanyikan masa hari jadi suamiku. Orang dewasa katakan lagu ini tk perlu pun dinyanyikan. Nk tau suamiku menyambut hari jadi yg ke berapa? Hmmmmm ..... usia sudah menjangkau 41 tahun. Seperti biasa setiap kali menyambut hari jadi kami sekeluarga akan keluar makan kat luar. So .... gambo kat atas tu gambo tengah boring menunggu makanan yang dipesan sampai. Masa makanan dah sampai tk sempat nk ambik gambo ... lapar lagipun tk ingat dah pasal nk snap gambo nih.... hidangan dah didepan mata ...apa lagi ....makan ..... Menu yang kami order biasa jer..... ikan kukus siakap limau nipis, tom yam campur, sayur kailan ikan masin dan seperti biasa telur dadar memang tk ketinggalan setiap kali makan hidang. Restoran ini masakan die memang sedap, kami sekeluarga kerap datang makan kat sini. Macam2 menu ada masakan western pun ada ..... nama RESTORAN ini RESTORAN AIR GELAS BESAR. tempatnya berhampiran dengan stadium SELAYANG. Datanglah cuba kalu tk percaya. Promote ....
Tuesday, February 3, 2009
Selamat Hari Jadi DANISH
Semalam 2hb Februari 2009 adalah hari lahir DANISH anakku yang telah pergi menemui tuhan yang satu. Tiba-tiba aku tk dapat menahan sebak bila mengingatkan DANISH anakku. Aku rasa ingin menyambut hari kelahirannya seperti lazim abang dan kakaknya tapi macamana? Ya ALLAH tolonglah hamba mu ini. Kuatkan semangat ku dan tabahkan hati ku untuk menempuh segala ujianmu. Semalam danial, diniy dan dayana bertanyakan pada ku .... " mama .... hari ni kan hari jadi DANISH ? " " A'ah ... " aku jawab "Semua cakap kat Dani ... Dani hari nih hari jadi abang DANISH" " Dani cakap tak ..... hari ni hari jadi abang (panggilan untuk Dani) " "Aku saja usik Dani ...abang (Dani) nyanyilah HAPPY BIRTHDAY TO YOU untuk ABANG DANISH" seperti selalu setiap kali hari jadi dia akan nyanyikan lagu tu. " Dani cakap mana boleh nyanyi .... abang DANISH takde" Aku tak dapat berborak lebih lama dan panjang tentang DANISH ... perasaan sebak tu datang tanpa dapat aku berkata-kata. Apa yang dapatku katakan untuknya .... ? hanya dapat mengingati hari lahirnya saja ........
Semasa ku mencoretkan cerita ini ...airmata ku mengalir tanpa disedari. Rasanya ku tak dapat untuk berceritakan lebih panjang ...cukuplah setakat ini biarlah ia menjadi sejarah hidupku .....
Semasa ku mencoretkan cerita ini ...airmata ku mengalir tanpa disedari. Rasanya ku tak dapat untuk berceritakan lebih panjang ...cukuplah setakat ini biarlah ia menjadi sejarah hidupku .....
Subscribe to:
Posts (Atom)